NOTA / MODUL - MEMBACA

AKAN DIUPLOAD / DIMASUKKAN - COMING SOON

ANTARA MODUL / NOTA MENGENAI TEKNIK PENGAJARAN BACAAN

https://docs.google.com/presentation/d/1m8Y7YPivwhMjkpSUMMRIUtVd-43u7n9WHprPp_ptFIM/edit?usp=sharing

NOTA UNTUK PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA BAHASA MALAYSIA

http://www.slideshare.net/TeohLihFen/kaedah-utama-dalam-pembelajaran-bahasa

NOTA UNTUK UJIAN DIAGNOSTIK KEBOLEHAN MEMBACA



NOTA KAKI HEHEHE.........


TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TEKNIK SQ3R

APAKAH TEKNIK SQ3R ITU?
  • Teknik SQ3R digunakan oleh guru   untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar.
  • Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir . 
  • Ini semua dapat dilakukan dengan  memberi penekanan kepada tinjauan
  • Maklumat diperoleh melalui penyoalan. 
  • Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula 
  
APAKAH YANG BERLAKU PADA SETIAP PERINGKAT BACAAN?

1.   Survey
  Murid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman masing-masing. Mereka hanya memfokuskan terhadap bahan atau teks yang berkaitan tajuk utama, sub tajuk/tajuk kecil, gambar, symbol, ilustrasi, grafik dan pemenggalan teks.Teknik bacaan yang sesuai digunakan ialah teknik skimming dan scanning.

2.Soalan (Question)
  • Pada peringkat ini, pelajar  membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan.
  • Soalan boleh dibina dengan menggunakan    prinsip 5W 1H iaitu
what (apa?),
when  (bila?),
where (di mana?),
why (mengapa?),        
who (siapa?)  
how (bagaimana?).
  • Dengan pertanyaan ini pelajar  akan       tertumpu kepada mencari jawapan bagi       soalan-soalan yang dibina.
  •  
3. MEMBACA  (READ)

      Murid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati yang terkandung dalam teks. Soalan tersebut adalah berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh murid-murid tentang topik/isu dalam teks. Soalan tersebut juga adalah penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi di samping merupakan panduan kepada jawapan sebenar. Murid-murid akan mencari jawapan dan ramalan jawapan yang paling sesuai.

  4.  4. RECITE (MENYEBUT/MENGULANG)
Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang terdapat. Murid-murid perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Murid-murid juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan masing-masing.

5.    5. REVIEW (MENYEMAK)  
     Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat. Ini adalah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada peringkat recite (menyebut/mengulang). Murid-murid perlu mempastikan bahawa semua bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkatquestion (menyoal).

      TUJUAN SQ3R
  • Membolehkan pelajar membaca secara kritis.
  • Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk   dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar.
  • Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui.
  • Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahui lagi .

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TEKNIK KWLH


APAKAH KWLH?
  •   Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. 
  •   Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. 
  • Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.  
 K
What  I know
  •   Know (Tahu)
  •   Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan.
W
Want (Hendak/Ingin Tahu)
  • Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca.
L
What I learned
  •   Learn (Pelajari)
  •   Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri.
H
How much I want to know
  •    How (Bagaimana)
  •     Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain.

BAGAIMANAKAH CARANYA?
  • Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar.
  • Guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruanagan ‘K’ ( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk.
  • Guru meminta pelajar mengisi ruangan ‘W’ ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk yang diberi.
  • Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruangan ‘L’ ( apa yang saya telah pelajari).
  •   Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meinta pelajar mengisi ruangan ‘H’ ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. 
    K
(know)
    W
(want)
    L
(learned)
    H
   (how)






Pengenalan Kaedah dan Teknik

Kaedah pula adalah cara yang dipilih kemudian disusun secara teratur dan sistematik sebelum melaksanakannya dalah sesuatu program mahupun aktiviti pembelajaran. Ianya adalah cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajara untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. Setiap orang akan menggunakan kaedah dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, apabila kita berada dalam situasi seperti mempunyai masalah keluarga, kita mesti akan mencari jalan iaitu pendekatan untuk menghuraikan masalah ini. Tanpa bantuan kaedah, masalah ini tidak akan berjalan dengan lancar. Mungkin kita boleh membuat senarai semak perkara-perkara yang boleh membuatkan masalah itu selesai.


Teknik pula adalah bagaimana seseorang melaksanakan sesuatu berdasarkan situasi-situasi yang tertentu. Teknik juga boleh dikenali sebagai modus operandi dalam situasi yang dicipta. Ianya merupakan satu prosedur untuk membantuk kaedah mencapai objektif. Selain itu, teknik merupakan satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada murid dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Teknik ini merujuk kepada suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan aktiviti pembelajaran bagi sesuatu hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar bahan pengajaran. Secara khususnya, teknik merupakan salah satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat mempercepat penanggapan pelajar.

STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

LINUS SKKT
STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

Kaedah Mengajar Bacaan

iv. Kaedah abjad/huruf
v. Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan
vi. Kaedah fonik/bunyi
vii. Kaedah Gabungan Bunyi-kata
viii. Kaedah VAK
ix. Kaedah pelbagai deria - VAKT
x. Kaedah Fernald
xi. Kaedah Gillingham


Kaedah Abjad/huruf

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a – z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.



Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan

Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]


Kaedah Fonik/bunyi

Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.

Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].

[ b ] + [ a ] = [ ba ]
[ t ] + [ a ] = [ ta ]
[ ba ] + [ta ] = [ bata ]



Kaedah gabungan bunyi – kata
( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )

Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory).

Contoh;

i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut.

ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
a
iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.

iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.

v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.

vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf
(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).

vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu

Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut;

i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan).

ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja).

Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.



 KESIMPULAN

Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.


PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA

2.0 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA
2.1 PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA AWALAN
Terdapat dua paradigma utama dalam disiplin linguistik iaitu mentalis dan behaviourist. Dua paradigma ini telah menghasilkan pendekatan pengajaran yang berlainan samada dari segi prinsip mahupun perkaedahan. Golongan behavioris menggunakan pendekatan pengajaran yang berasaskan prinsip pembelajaran sintesis atau membina. Di antara kaedah-kaedah yang menggunakan pendekatan ini ialah kaedah abjad, kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut.
2.2 KAEDAH ABJAD
Kaedah ini merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. Untuk pengenalan abjad guru akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad a sehinggalah z . Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. kemudian latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. Setelah murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. Murid diajar dengan huruf kecil dahulu dan diikuti dengan huruf besar. Kemudian latihan menulis huruf kecil dan huruf besar serta latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar
Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal seperti ayam, adik, api dan awan. Seterusnya murid pula diajar permulaan perkataan dengan huruf konsonan seperti bola, buku, batu dan besi. Ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan.
2.2.1 PENGABUNGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN
Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya (ba be bi bo bu , ca ce ci co cu hingga za ze ze zi zo zu. Kemudian murid diajar membentuk perkataan mudah dan murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata seperti bu bu, ba ba. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah seperti baju, saya, bola.
Kebaikan kaedah ini ialah memberi peneguhan kepada pengenalan abjad. Manakala kelemahannya pula ialah sebenarnya kanak-kanak tidak perlu mengenali semua abjad untuk diajar membaca. Jika mereka telah mengenali vokal dan sebahagian konsonan yang kerap digunakan mereka telah boleh membaca
2.3 KAEDAH FONETIK
Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:-
A = aaaa E = e’h
E = eh I = iiiii O = oooo
U = uuuu

B = beh
C = ceh
D = deh F = feh G = geh H = heh
J = jeh
K = keh L = el M = em N = en P = peh
Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh
Y = yeh
Z = zez

Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan seperti huruf “a” adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran Fonik menggunakan ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy.
Diantara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Bagi kaedah fonik juga kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan.
Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad, terutamanya di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah pandang dan sebut , biasanya di tadika-tadika, mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris langsung. Walaupun menggunakan huruf-huruf roman yang sama, mereka tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa malaysia untuk membaca dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata tidak serasi langsung untuk bahasa Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka terpaksa menghafal-hafal perkataan inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah yang mampu dihafal oleh kanak-anak apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula.
Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal symbol iaitu huruf, hanya mereka tidak diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol tersebut. Kanak-kanak memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut. Nama huruf hanya diajar setelah mereka pandai membaca sahaja.

2.4 KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan namanya, kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita.
Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:-
• ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )
• ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
• bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)
Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto
“photographic memory “. Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.


  • 1. KENAPA MURID SUSAH MEMBACA • Tidak cukup kesediaan untuk membaca. • Kaedah yang menyusahkan. • Tidak cukup latihan yg menarik & bermakna. • Tiada peneguhan/pujian. • Murid yg tak boleh membaca tidak dipulihkan segera. • Berlaku kelemahan yang bertimbun.
  • 2. Murid diajar mengikut kadar kebolehannya.• Mengajar secara individu• Dalam kumpulan kecil.• Tahap pecapaian yang hampir sama.• Latih tubi.• Buat ulangkaji yang berterusan.• Kaitkan pengetahuan sedia ada murid.
  • 3. Jadikan Pelajaran Menarik dan Menyeronokkan• Buat cerita rekaan (guru/murid)• Bacakan cerita kepada murid• Adakan pelbagai permainan (games)• Menyanyi yang berkaitan.
  • 4. Murid Harus Rasa Dia Boleh Membaca• Pada akhir setiap pelajaran, setiap murid harus rasa dia boleh membaca w/pun perkataan yg mudah.• Dia harus merasa ada kemajuan membaca;• Sediakan pelbagai bahan bacaan (murid tanda sendiri)• Beri pujian setiap kali murid mencuba.
  • 5. 5 KAEDAH MENGAJAR MEMBACA Kaedah Abjad Kaedah Fonik Kaedah Pandang dan Sebut (seluruh perkataan) Kaedah Cerakin Kaedah Gabungan Bunyi Kata
  • 6. KAEDAH ABJAD• Menamakan huruf mengikut turutan.• Menamakan huruf mengikut rambang• Mengasingkan vokal dan kosenan• Memperkenalkan sukukata secara mengeja• Membaca perkataan, perneggan dan ayat.
  • 7. KAEDAH FONIK• Membunyikan setiap huruf: a b c….• Ajar bunyi konsenan yang mudah• (b k s t m r g n)• * jangan serentak mengajar kosenan yg hampir sama bentuk dan bunyinya:-• “b d m n m w u v”• Ini menyusahkan murid
  • 8. PANDANG SEBUT(SELURUH PERKATAAN)• Perkataan ditulis “cawan” dipapan tulis bersama gambar.• Murid menyebut “cawan” dan melihat gambar.• Kaedah ini hanya sesuai untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.• (lebih kepada menghafal)
  • 9. KAEDAH CERAKIN• Perkataan “cawan’ diajar dulu.• Asingkan mengikut sukukata:-• “ca…….wan”
  • 10. KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATAMurid diajar dalam 1/2 pelajaran sajaMurid tak perlu tahu semua hurufKaedah ini ini diasaskan kepada pendekatan binaan.Pelajaran yang lalu asas untuk pelajaran yang seterusnya.
  • 11. KENAPA GABUNGAN BUNYI KATA• Sistem ejaan BM sistematik dan fonemik• Suku kata Bahasa Melayu jelas.• Mudah membina perkataan drp suku kata.• Tata Bahasa Melayu mudah.

Kaedah utama dalam pembelajaran bahasaPresentation Transcript

  • 1. KEMAHIRAN UTAMA DALAM PEMBELAJARAN BAHASAMENDENGARBERTUTURMEMBACAMENULIS
  • 2. Kadar Kebolehan Membaca Berbeza di Kalangan Murid• Kanak-kanak biasa yang berumur 5-6 thn sudah boleh diajar membaca• Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cepat menguasai kemahiran membaca dan minat membaca .• Ada mengambil masa yang panjang untuk menguasai.
  • 3. – KAEDAH ABJAD– KAEDAH FONIK– KAEDAH PANDANG DAN SEBUT (Kaedah Seluruh Kata )– KAEDAH CERAKIN– KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA
  • 4. • Kaedah Abjad Mengajar murid nama huruf secara teratur dalam abjad : a b c ….. x , y, z Kemudian baru mengajar membaca suku kata perkataan dan ayatKaedah Fonik Membunyikan setiap huruf : a, b, c, …z
  • 5. Murid membaca seluruh perkataanbagi setiap perkataanPerkataan seperti ‘meja’ dan‘cawan’ dituliskan di papan tulisbersama gambar, murid menyebut‘meja’ dan melihat gambar mejaKaedah ini sesuai untuk BahasaInggeris.
  • 6. Kaedah Cerakin• Setiap perkataan dicerakinkan• Perkataan diajar dahulu• Kemudian dipecahkan mengikut suku kata dan hurufCth : ‘buku’ – ‘bu ku’
  • 7. ISU-ISU KAEDAH• Pendekatan “seluruh perkataan .• Perlukah mengajar huruf besar pada awal pembelajaran membaca• Perlukah diajar “nama huruf ”• Perlukah di ajar menulis selepas membaca ?• Perlukah diperbetulkan ‘ejaan’ yang dibuat oleh kanak-kanak pada awal pembelajaran menulis
  • 8. KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATAa. Berasaskan gabungan kaedah fonik ( bunyi huruf) membina suku kata dan kaedah ‘seluruh perkataam’( membentuk perkataan) untuk dibaca .a. Dalam 1 atau 2 pelajaran sahaja, murid boleh membaca beberapa patah perkataan, frasa dan ayat mudah.b. Murid tidak perlu tahu semua huruf dalam abjad sebelum diajar membacac. Siri unit pengajaran dan pembelajaran berasaskan binaan: pelajaran yang lalu asas untuk pelajaran kemudian dan seterusnya.
  • 9. LANGKAH UTAMA MENGAJARMENGGUNAKAN KAEDAH KGBKa. Perkenalkan bentuk dan bunyi huruf vokal mudah a I u, dan satu konsonan , cth : bb. Bina dan sebut suku kata terbuka ba bi bu ; bu bi bac. Bina perkataan dan baca perkataand. Buat frasa dan ayat , dan bacaannyae. Tulis atau salin apa yang di bacaf. Buat latihan pengayaan : cth permainan secara berpasangan atau kumpulan kecil
  • 10. Unit 11. Mulakan dengan membunyikan huruf vokal mudah a i u2. Pilih konsonan mudah spt : b k s3. Bunyikan huruf ‘b’ (bh)/ beberapa kali4. Bina suku kata ‘ ba bi bu’. Dan ulang5. Bina dan baca perkataan ‘ba’ ‘bi’ ‘bu’ dan ‘u bi i bu a bu’6. Baca ayat ‘ibu abu’ ‘bubu baba’ ‘ubi ibu’7. Murid menulis huruf, sukuka dan huruf
  • 11. UNIT 21. Ulang pelajaran unit 12. Perkenalkan pula bentuk dan bunyi huruf ‘k’ (kh)3. Bina dan sebutkan suku kata ‘ka ki ku ;4. Guru dan murid membina dan membaca perkataan ‘kuku’, ‘kaki’, ‘buku’ ‘ika’5. Guru dan murid membina dan membaca frasa dan ayat ‘buku abu’; ‘abu buka buku’.6. Murid menulis apa yang di baca
  • 12. UNIT 31. Ulang pelajaran Unit 1 dan 22. Perkenalkan bentuk dan bunyi konsonan ‘c’ ( cch )3. Bina dan sebut suku kata ‘ca ci cu4. Bina dan baca perkataan : caca cici cucu cuba cuci baca aci acu5. Bina dan baca frasa dan ayat : aci cucu kaki; cucu abu baca buku
  • 13. UNIT 41. Ulang pelajaran 2 & 32. Perkenalkan bentuk dan bunyi huruf ‘ s’3. Bentuk dan sebut suku kata ; sa si su; si su sa4. Bentuk dan baca perkataan, frasa dan ayat; ‘susu busu’; ‘busu suka susu’5. Murid tulis apa yang dibaca.
  • 14. MEMBINA DAN MEMBACA CERITAitu bukuitu buku abuabu buka bukuabu baca bukuabu suka baca buku
  • 15. MENGAJAR SUKU KATA TERTUTUP• b ba bi bu bat bit but ubat sabut• k ka ki ku kan kin kun makan ikan• s sa si su sak sik suk masak masuk
  • 16. MENGAJAR HURUF VOKAL ‘e’ dan ‘o’ dikemudiankan•e e mak e nam em pat•e e kor e lok be lon emak Ella bela enam ekor kera. bapa letak kereta di tepi rumah• o ko po lo ro lom otak, pokok koko roda lori
  • 17. UNIK KGBK• Huruf vokal ‘o’ dan ‘e’ dikemudiankan untuk mengelakkan murid jadi keliru• Huruf besar juga dikemudiankan• Susunan huruf dalam abjad dikemudiankan• Suku kata tertutup dikemudiankan
  • 18. Latihan Menulis Mengukuhkan Kemahiran Membaca• Beri latihan menulis huruf, suku kata dan ayat apa yang murid pelajari, dalam buku kerja atau dalam buku latihan, pada akhir setiap pelajaran membaca.• Sediakan buku latihan menulis• Adakan buku skrap /fail untuk mengumpul tulisan dan lukisan murid
  • 19. MURID DIAJAR MENGIKUT KADAR KEBOLEHAN• Murid boleh diajar secara individu atau dalam kumpulan kecil ( 2- 4 orang )• Buat latih tubi bagi murid yang lemah• Contohnya : ulang ( guna kad imbasan ) b ba ba bi bi bu bu k ka ka ki ki ku ku s sa sa si si su su
  • 20. AJAR BUNYI KONSONAN YANG MUDAH: BERBEZA BENTUK DAN BUNYINYA• CONTOHNYA : b k s t m r g n• Jangan serentak mengajar murid huruf yang hampir serupa bentuk dan bunyinya: b d m n j g m w u vIni menyusahkan murid.
  • 21. JADIKAN PELAJARAN MEMBACA MENARIK DAN MENYERONOKKAN• Gunakan semua panca indera, terutama lihat ( visual ), Dengar, dan lakukan ( LDL)• Buat cerita rekaan ; meramal cerita seterusnya• Baca cerita kepada murid dan baca bersama murid buku yang menarik; Beri peluang murid membaca• Adakan pelbagai permainan ( games) misalnya membina perkataan daripada suku kata, melengkapkan perkataan dengan huruf, cari gambar , baca dan tunjuk• Menyanyi, berlakon, boneka/papet
  • 22. ANDA BOLEH BUKTIKAN ….• Belajar membaca Bahasa Melayu mudah• Guru boleh membantu murid membaca dengan - kaedah yang mudah - Latihan yang bermakna, mencukupi dan meyeronokkan secara ‘bermain’ - Memberi pujian dan galakan kepada murid yang mencuba “PERCAYALAH MURID PEMULIHAN BOLEH MEMBACA AKHIRNYA”

No comments:

Post a Comment